19 August 2013

TAHNIAH, USTAZ DON BAKAL BERGELAR AYAH


Akhirnya berita gembira muncul jua apabila Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Malah berita tersebut turut diakui oleh Ustaz Don sendiri menerusi media semalam.

Kata Ustaz Don, dia kini sedang menanti kelahiran anak sulungnya itu. Padanya, sepanjang pengalaman perubahan kehidupan, menjadi ketua keluarga adalah susah. Oleh itu, beliau melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.




"Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya, mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT.

"Semoga segalanya dipermudahkan buat Ustaz Don dan Husna. Pastinya kehadiran cahaya mata sulung ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Sama-samalah kita doakan agar anak dalam kandungan tersebut akan dilahirkan dengan sempurna dan tanpa sebarang masalah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Saat pernikahan Ustaz Don & Husna...


No comments: