21 September 2013

24 GAMBAR - ZHAFRAN NIKAHI FOUZIAH GOUS SEKALI LAFAZ


Fouziah Gous akhirnya selamat menjadi isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung hari ini di di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Pernikahan yang berwalikan abang kepada Fouziah itu dihadiri kira-kira 200 jemputan termasuk media.

Zhafran dan Fouziah yang memakai baju serba putih dan sedikit keemasan dinikahkan kira-kira jam 9.45 malam. Pernikahan tersebut telah disiarkan secara langsung melalui internet oleh CST Production dan Project2pi iaitu jurugambar dan juruvideo rasmi mereka.

Klik untuk imej besar...


Mas kahwin ialah sebanyak RM1,112, manakala wang hantaran pula RM50,000. Pihak lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Antara hantaran pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.

Sementara hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Terdahulu, pada malam berinai, Fouziah telah memilih tema Pakistan mungkin disebabkan keluarganya mempunyai darah keturunan tersebut. Untuk info, majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 29 September di Hotel Marriot Putrajaya.



































GAMBAR-GAMBAR MALAM BERINAI...

















Photo kredit: CST PRODUCTION & Project2pi 


 

No comments: