05 September 2013

AKHIRNYA INA NAIM BERPURDAH


"Saya berpurdah adalah kerana Allah dan suami selain bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab," demikian kata Ina Naim, 29, atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim mengenai imej terbarunya.

Jelasnya lagi, imej berpurdah sudah dipakainya sejak empat bulan lalu apabila suaminya Mohd Suhaimi Saad, 33, menasihatkannya berbuat demikian.




"Pada mulanya saya kurang selesa dengan imej purdah tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, saya sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam. Lagipun hukum berpurdah itu sunat," ujarnya kepada media.



No comments: