11 September 2013

DIKURNIA ANAK KETIGA - SHAMSUL GHAU GHAU BERHIJRAH


Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau dan isterinya Syarifah Azrinah Syed Ibrahim, apabila dikurniakan anak ketiga pada jam 10 malam Isnin lalu. Bayi seberat 3.84 kilogram yang lahir melalui pembedahan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor itu diberi nama Megat Ammar Azahar.

Menurut Shamsul, pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini telah banyak membantunya. Malah doktor yang menyambut kelahiran anaknya juga banyak memberi tip dan nasihat tentang penjagaan isteri yang dibedah disamping nasihat lain yang cukup berguna.

Klik untuk imej besar...


Untuk makluman, selain Megat Ammar, Shamsul dan isteri mempunyai dua lagi anak iaitu Megat Ummar Azhar, 8 dan Puteri Qaseh Batrysha, 3 tahun.

Sedikit mengenai perkembangan Shamsul kini, sejak pulang mengerjakan Haji pada tahun lalu, sikap beliau kelihatan sedikit berubah ke arah islamic (yang lebih baik).

"Pintu hati saya mula terbuka untuk memperbetulkan kesilapan dan kelalaian yang pernah saya buat dulu.



"Malah sejak berpindah rumah dan tinggal di Bangi yang terletak di hadapan masjid, perubahan itu semakin terasa. Saya bersyukur doa saya kepada Allah dimakbulkan," katanya kepada media.

Bagaimanapun, beliau tidak akan terus meninggalkan dunia hiburan sebaliknya akan tetap menerima tawaran berlakon dan nyanyian jika ia bersesuaian.


GAMBAR-GAMBAR LAIN: 









No comments: