26 September 2013

FIZO OMAR IDAM KAHWIN DI PADANG BOLA


Jika tiada aral melintang, pelakon dan pengacara Fizo Omar bakal melangsungkan pertunangan dengan Mawar Abdul Karim pada November ini. Perkara tersebut dijelaskan oleh Fizo sendiri yang juga berhasrat membuat majlis perkahwinannya di padang bola, Pasir Puteh Kelantan.

“Buat masa ini saya sudah dalam proses mengenali hati budi masing-masing," ujarnya.




"Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini," katanya pada media.

Untuk info, Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar, yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.

"Saya dan Mawar jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing namun sering berhubung untuk bertanya khabar.

"Malah persiapan pertunangan hanya dibuat menerusi telefon dan kami hanya akan berjumpa jika ada kelapangan.

"Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan tetap berjalan lancar," jelasnya menutup bicara.

No comments: