17 September 2013

INFO - KONSERT NING BAIZURA DITUNDA 16 NOVEMBER 2013


'Konsert Pelangi Untukmu' melibatkan Ning Baizura yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2013 ini telah di tunda pada 16 November 2013. Semuanya disebabkan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan ia dikatakan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut.

"Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi.




"Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan." ujar Ning Baizura.

Tambahnya, mereka memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dibeli masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Aylwin Santiago di talian 012 2969353 atau email ke santiago.ning@gmail.com

No comments: