10 September 2013

ISU RUMAH TANGGA - ERRA FAZIRA TUNGGU MASA


Pasti anda masih ingat bagaimana Erra Fazira dan Engku Emran sering bergambar hanya dengan anak mereka iaitu Engku Aleesya. Gambar-gambar tersebut adakalanya menimbulkan spekulasi yang hubungan mereka kini bagaikan 'retak menanti belah' atau tiada harapan untuk kembali bersama.

Malah dari sudut Erra dan Emran sendiri, mereka tidak mengiya atau menidakkan apakah mereka masih suami isteri atau sudah berpisah? Oleh itu, timbul pelbagai persoalan dikalangan masyarakat hingga cerita peribadinya di tokok tambah menjadi lebih buruk.

Saat bahagia - klik untuk imej besar...



Mungkin disebabkan tidak tahan dengan pelbagai andaian, akhirnya baru-baru ini Erra menyatakan kesediaannya untuk membuka mulut mengenai isu itu. Namun... katanya ia hanya akan didedahkan bila tiba masa yang sesuai!

“Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum,” ujar Erra membuka bicara.

Gambar terkini Engku Aleesya manis bertudung...  


"Saya percaya apabila sampai masanya nanti, semua persoalan tentang spekulasi rumahtangga saya akan terjawab. Dan Apabila semuanya jelas, saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," tambahnya penuh rahsia.

Apakah rahsia tersebut? Buat masa ini, hanya Erra dan Emran sahaja yang tahu. Oleh itu, sama-sama lah kita tunggu masa yang dijanjikan oleh Erra. Minta-minta, berita yang baik=baik je lah... Heh.

No comments: