17 September 2013

KEBUDAK-BUDAKAN - LIYANA JASMAY KINI MATANG


Kita semua sedia maklum bahawa Liyana Jasmay, 25, sebelum ini tidak begitu matang dan sedikit kebudak-budakan. Namun selepas berkahwin, apakah sikapnya itu masih sama atau sudah berubah ke arah yang lebih matang?

"Kalau nak tahu sebelum ini saya rasa nak marah kalau orang tegur saya melakukan sesuatu tetapi tidak pula dengan suami. Dia segera memberitahu perkara yang dirasakannya tidak patut saya lakukan.




"Sebagai contoh, jika saya memuatkan foto di laman sosial yang boleh mengecilkan hati pihak lain, dia segera menegur saya dengan baik. Tapi pernah pun jerit-jerit. Itu yang membuatkan saya senang menerima teguran dia," ujar Liyana mengakui suaminya, Fathuddin Mazlan, 28, banyak mengajarnya menjadi wanita yang lebih matang.

Tambah Liyana, teguran suaminya telah banyak membuat dia berubah kerana sebelum ini dia tidak boleh ditegur orang.

"Teguran suami juga sekaligus membuatkan saya lebih memahami erti sesebuah perkahwinan yang masih dalam proses memahami antara satu sama lain. Malah pergaduhan kecil yang timbul di antara saya dan suami membuatkan ikatan cinta kami menjadi lebih kukuh," jelasnya.









No comments: