07 September 2013

TAKZIAH - MAIMON MUTALIB MENINGGAL DUNIA


Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham pelakon Maimon Mutalib, 54, yang meninggal dunia hari ini (Sabtu, 7 September) jam 12 tengah hari. Difahamkan, Allahyarham yang mengidap penyakit kanser payudara tahap keempat meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.




Untuk info, berita tersebut disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi. Sebelum ini, Allahyarham Maimon telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, sebelum di bawa pulang oleh pihak keluarganya.

Jenazah akan dikebumikan di Kg. Sialang, Tangkak Johor. Al-Fatihah.

No comments: