02 October 2013

AWI RAFEAL TEMUI PENGGANTI HANEZ SURAYA?


Entah apa motif Awi Rafeal memuat naik sekeping gambar mesra menerusi Instagram dengan seorang wanita mirip Hanez Suraya sebenarnya kami kurang periksa. Mungkin agaknya Awi sudah menemui cinta baru menggantikan Hanez yang sebelum ini turut memuat naik gambar mesranya.

Kalau betul, kira mereka seri nampaknya! Masing-masing mempunyai teman baru yang boleh dikatakan sama padan, bagai pinang dibelah dua.

Klik untuk imej besar...



Bagaimanapun, bila ditanyakan hal tersebut pada Awi sendiri, dia menafikan yang wanita tersebut kekasih barunya. Menurut Awi, wanita yang bernama Sarah itu hanya kawan biasa sahaja.

“Mana ada kami bercinta. Lagipun, dia kawan biasa sahaja. Sebenarnya, tiada apa-apa hubungan istimewa di antara saya dengan dia. Hubungan kami hanyalah pada urusan kerja semata-mata,” jelasnya pada media.

Tambahnya, Sarah adalah seorang artis baru untuk sebuah band dan dia hanya bertindak sebagai penulis lagu kepada band berkenaan.

“Pihak pengurusan band itu melantik saya untuk menulis lagu kepada mereka. Jadi, saya rapat dengannya adalah kerana perkara itu," dakwa Awi.

Ohhh... ye ke? Pandai Awi cari kawan, mirip Hanez pulak tu. Heh.

No comments: