26 October 2013

17 GAMBAR - DIANA AMIR SAH ISTERI HABIBBULLAH


Dengan hanya sekali lafaz, Diana Amir akhirnya sah menjadi isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman. Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya semalam kira-kira jam 9.30 malam.

Untuk info, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Hazaruddin Baharuddin telah menyempurnakan akad nikah tersebut. Diana telah diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.




Pada majlis itu, Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sejumlah RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo serta beberapa orang artis.

"Alhamdulillah majlis berlangsung seperti dirancang dalam suasana cukup sederhana dan seperti pasangan lain kami berharap perkahwinan ini akan dilimpahi berkat dan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat," kata Diana yang belum menetapkan lokasi bulan madu mereka.

































No comments: