09 October 2013

FAHRIN AHMAD TERINGIN KAHWIN GURU..!


Adakah anda bekerja sebagai guru? Jika ya, nampaknya peluang anda untuk menjadi isteri kepada pelakon kacak iaitu Fahrin Ahmad, 34, agak cerah!

Kata Fahrin, dia lebih senang mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti. Keputusannya itu bersandarkan perasaan hatinya yang lebih sesuai untuk mendampingi 'guru' kerana ahli keluarganya juga ramai yang bergelar pendidik.




"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

"Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri... tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal," jelasnya kepada media.

"Saya kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis.

"Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga," jelasnya.

Namun itu bukan bererti yang dia tidak mahu berkahwin, tetapi sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya.

"Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai," ujar Fahrin yang pernah menolak pilihan ibu bapanya.

"Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.

"Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa," tambahnya.

Biar betul... takkanlah artis sepopular Fahrin ni tak ada yang mahu? Agaknya terlalu memilih tak? Manalah tahu nak gadis yang umpama Puteri Gunung Ledang. Ahak! Gurau je.

No comments: