07 October 2013

ISU KAHWIN - AERIL ZAFREL BAKAL SAMAN?


"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tetapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," kata pembantu peribadi Aeril Zafrel, kepada media semalam.

Tambahnya Aeril enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal. Malah dia juga memberitahu yang Aeril sedang sibuk dengan penggambaran drama dan selepas itu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.

klik untuk imej besar...



Penjelasan tersebut timbul beikutan tersebarnya dakwaan di sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Lebih mengejutkan, mereka juga kononnya telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Gambar yang didakwa kononnya perkahwinan Wawa


Malah gambar-gambar yang didakwa sebagai gambar perkahwinan Aeril dan Wawa juga sudah tersebar di alam maya kononnya sebagai bukti yang mereka benar-benar sudah berkahwin. Benarkah begitu... atau mereka berdua sekadar menjadi mangsa pihak tertentu yang mahu menjatuhkan mereka?

Untuk info, sebelum ini Aeril telah menafikan dakwaan tersebut dengan memberitahu hubungan baiknya dengan Wawa hanya sebagai rakan artis sahaja.



Sehubungan itu, melalui laman sosial Twitter milik Aeril, dia telah memberitahu akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya.

"Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini

Klik untuk imej besar...


"Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu," tulis pelakon itu yang dimuat naiknya semalam.

No comments: