25 October 2013

KONSERT - ERRA FAZIRA DAN AWIE KEMBALI BERCINTA


Bayangkan, satu konsert yang mengimbau kembali percintaan antara Erra Fazira dan Awie. Pasti ianya menarik dan memberi gambaran zaman 90-han yang penuh suka-duka.

Untuk itu, Erra secara lisannya telahpun bersetuju untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya iaitu Awie. Mereka berdua akan beradu tenaga bagi menjayakan 'Konsert Suara Kita' yang turut melibatkan Ziana Zain.




"Pihak saya sudah berbincang dengan pihak Awie tentang projek tersebut dan Insya-Allah jika tiada halangan ia akan diadakan di Istana Budaya pada Mac tahun depan.

"Bagi saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengannya secara profesional, ia pasti akan mengimbau kenangan lama bukan sahaja saya tetapi semua orang yang berada pada zaman tersebut," kata Erra dipetik sebagai berkata.



"Masing-masing sudah ada kehidupan dan keluarga, bagi saya sudah tiada lagi 'getaran' apabila bertemu Awie.

"Cuma jika mengimbas kenangan lalu ketika menonton filem-filem kami bersama, saya hanya senyum dan menganggap ia sebagai peristiwa lalu," katanya yang sudah menganggap Awie sebagai kisah lampau.

"Saya berharap kolaborasi tersebut nanti akan berjaya membawa peminat-peminat kami bertiga kembali semula ke zaman berkenaan pada era 1990-an.

"Saya difahamkan ia seperti muzikal termasuk ada sketsa daripada filem-filem lakonan kami bertiga seperti Sembilu dan Maria Mariana," jelasnya.

No comments: