10 October 2013

RAMLI SARIP & ROSYAM NOR BAKAL BERGELAR DATUK


Sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75, esok, Ramli Sarip dan Rosyam Nor akan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar sekaligus mengumumkannya bahawa kedua-dua artis itu akan menerima darjah kebesaran negeri terbabit pada sesi kedua penganugerahan pingat, Ahad ini.




“Kerajaan negeri menghargai sumbangan mereka dalam dunia hiburan, khususnya di Melaka,” katanya pada media.

Nampaknya, makin ramai artis kita yang bergelar Datuk. Tahniah diucapkan!

No comments: