14 October 2013

SEKALI LAFAZ - RAJA AZMI KINI SAH ISTERI EDDIE


Saat bahagia akhirnya muncul dalam hidup produser filem yang sering menimbulkan kontroversi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman, 54. Beliau semalam sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan telah diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad pada jam 9.21 malam.

Klik untuk imej besar...



Raja Azmi diwakil walikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan oleh adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohammad Shadan Hashim.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dengan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya. Manakala hantaran untuk pihak perempuan ialah senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih.



Ia Dibalas oleh pihak perempuan dengan tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.

"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.



"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," kata raja Azmi yang sebelum ini mengikat tali pertunangan 15 Julai lalu di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

Untuk makluman, Eddie sudah menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 21 dan Mohd Effy, 19.

Sementara Raja Azmi pula yang bercerai talak satu pada 27 Jun 2012 dengan Jalani Sidek mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19.







No comments: