28 October 2013

SUAMI BERHENTI KERJA KERANA DIANA AMIR


Ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD) adalah punca suami kepada pelakon Diana Amir iaitu Mohd Habibbullah A Rahman melepaskan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah.

Kata Mohd Habibbullah, dia berhenti sejak enam bulan lalu bagi membantu isterinya menguruskan beberapa buah perniagaan.

Klik untuk imej besar...



"Keputusan itu dibuat kerana saya ingin membantunya menguruskan beberapa perniagaan termasuk jenama tudung milik Diana iaitu Diana Amir Exclusive.

"Alhamdulillah sudah enam bulan saya membantunya dan pelbagai pengalaman baharu dapat saya belajar dan seronok dapat terlibat dalam dunia perniagaan," katanya kepada media.

Terdahulu, sebagai seorang suami Habibbullah berkata dia akan memberikan sokongan penuh kepada Diana untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan selagi pandai menjaga maruah sebagai isteri.



"Sebelum kami berkahwin, lakonan adalah kerjayanya dan saya menerima dan akan terus memberi sokongan kepada Diana dalam apa yang ingin dia lakukan.

"Saya yakin dia pandai menjaga diri dan batas-batas sebagai seorang isteri," ujarnya.



Sementara bagi Diana pula, dia mengharapkan rumah tangga mereka akan dikurniakan cahayamata kerana dia mengimpikan sebuah keluarga besar. Lebih manarik, dia dan suaminya memang sukakan kanak-kanak.

"Insya-Allah jika diberikan rezeki cepat kami sangat bersyukur dan gembira tambahan pula kami memang sukakan kanak-kanak dan mengimpikan sebuah keluarga besar," katanya












Photo: Samsultahir Photography

No comments: