09 October 2013
TAMAT KURSUS KAHWIN - FARAWAHIDA SEDIA BERGELAR ISTERI
Sudah siap sedia!
Demikian kata penyanyi Farawahida, 28, yang sudahpun menjalani kursus perkahwinan bersama bakal suaminya pada minggu lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Apa yang tinggal kini hanyalah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan.
"Pada mulanya saya dan keluarga ingin uruskan sendiri majlis itu tetapi kerana saya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat perancang perkahwinan.
"Mereka lebih profesional dalam menguruskan hal-hal melibatkan perkahwinan manakala saya dan keluarga boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil seperti cenderahati kepada tetamu dan jemputan," katanya kepada media hari ini.
Bagaimanapun, identiti bakal suaminya masih tidak didedahkan oleh penyanyi itu. Mereka yang telah berkenalan selama lapan tahun merancang membuat majlis pernikahan di Taiping, Perak.
"Tarikh sudah ada tetapi saya tidak boleh dedahkan dahulu kerana kad undangan pun belum ditempah lagi tetapi saya sendiri akan edarkan jemputan kepada semua, Insya-Allah," tambahnya.
Kesimpulannya, mungkin Farawahida mahu membuat 'kejutan' untuk peminat dan orang ramai tentang identiti bakal suaminya itu.
Jadi, siapakah gerangan lelaki bertuah itu ya? Lawyer? Magistrate? Atau jangan-jangan Ahli muzik? Ha ha.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
No comments:
Post a Comment