14 October 2013

UGUT BUNUH - NABILA AF BUAT LAPORAN POLIS


Akibat menerima ugutan bunuh dan akan dibaling batu, pelajar Akademi Fantasia 2013 iaitu Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Mohd Razali, membuat laporan polis Sabtu lalu (12 Oktober 2013).

"Awalnya saya anggap ia hanya komen, namun apabila timbulnya ugutan bunuh, rakan-rakan telah menasihatkan saya agar membuat laporan polis," ujar Nabila dipetik sebagai berkata melalui AF Buzz.

Nabila ketika membuat laporan polis
Klik untuk imej besar...



Menurut Team Produksi AF, insiden ini adalah satu isu yang serius dan tidak boleh dipandang mudah untuk keselamatan pelajarnya. Malah laporan polis yang dibuat adalah bagi melindungi pelajar tersebut yang menerima ugutan dan cacian.

Untuk info, kes tersebut kini kemungkinan disiasat di bawah seksyen 506 kanun keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Antara mesej yang berbau ugutan...


Salinan laporan polis yang dibuat Nabila..


Nabila..


No comments: