28 October 2013

ZIZAN AKUI TENGOK WAYANG DENGAN EMMA MAEMBONG


Bukan keluar berdua!

Demikian dijelaskan oleh pelakon dan pelawak Zizan Razak yang keluar menonton wayang bersama Emma Maembong baru-baru ini. Dakwa Zizan, mereka keluar menonton ramai-ramai.




“Ya memang betul saya keluar dengan Emma beberapa minggu lalu, tapi jangan salah faham saya bukan sahaja keluar dengan Emma tetapi dengan kawan-kawan saya yang lain, termasuklah pengurus saya.

"Jadi... tidak benarlah dakwaan yang mengatakan saya hanya keluar bersama dengan dia sahaja,” ujar Zizan dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun, Zizan mengakui yang dia sememangnya berkawan rapat dengan Emma dan sekiranya ada masa yang terluang mereka akan keluar untuk makan dan menonton wayang.

“Sekiranya ada masa yang terluang kami akan keluar makan dan menonton wayang tetapi beramai-ramai, bukan berdua. Kami hanyalah berkawan, tidak lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang ramai,” jelas Zizan lagi.



Zizan berkata demikian ketika ditemui media di majlis perasmian restoran Burgerbyte miliknya. Restoran tersebut menawarkan pelbagai menu iaitu daripada masakan Barat, citarasa Italy seperti Spaghetti, Pasta dan Westernize Nasi Arab.

Untuk info, setakat ini Burgerbyte mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Senawang dan Damansara.

No comments: