17 November 2013

8 GAMBAR - JONGKONG EMAS, MAS KAHWIN RIZ AMIN


Gambar perkahwinan pelakon Riz Amin, 28, dan pasangannya Sharifah Fazlina Syed Fuad yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor kelmarin.

Apa yang menarik, sebagaimana Fizo Omar, Riz juga telah memberi jongkong emas sebagai mas kahwin kepada isterinya. Selain itu, turut diberi ialah wang hantaran RM10,000 berserta tujuh dulang hantaran lain. Manakala pihak perempuan pula membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.




Untuk info, Riz dan Sharifah telah dinikahkan dengan hanya sekali lafaz oleh bapa pengantin perempuan iaitu Syed Fuad Mohd Bakhir.

"Alhamdulillah, walaupun pada mulanya saya sangat gementar tapi Allah mempermudahkan semuanya. Ini juga menjadi satu lagi fasa baru dalam hidup saya sebagai seorang suami dan ketua rumah tangga. Rasa gembira dan seronok," katanya kepada media.

Bagi yang masih belum mengenali Riz, antara drama lakonannya adalah telefilem Takdir Yang Tertunda dan drama bersiri, Skuad Metro.

Klik gambar untuk imej besar...














No comments: