10 November 2013

AL-QURAN & HAJI PUNCA MIZZ NINA BERHIJRAH


Amalan mengaji Al-Quran selepas solat termasuk melakukan ibadah haji merupakan kunci utama membuat Mizz Nina terbuka hati untuk berhijrah dan sekaligus berhijab. Perubahan tersebut benar-benar membuat suaminya Noh Salleh iaitu vokalis kumpulan Hujan amat terharu.

"Saya sentiasa menyokong apa juga tindakannya terutama ke arah kebaikan dalam rumah tangga.




"Dia tahu apa yang dia lakukan dan sebagai suami sudah tentu saya menyokong apa yang dia buat jika perkara tersebut ke arah kebaikan kami berdua.

"Baru-baru ini dia ada mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al-Quran dan ada ketikanya dia meminta saya membaca Al-Quran selepas solat. Perkara-perkara yang dia lakukan itu membuatkan saya terharu," katanya dipetik sebagai berkata.

Mizz Nina & Sarimah di Shout! Awards semalam


"Bagaimanapun, dia tidak pernah beritahu saya tentang dia ingin berhijrah atau bertudung. Itu antara dia dengan Allah dan semua yang dilakukan adalah atas kehendak dirinya sendiri.

"Tentang bertudung, dia ada cuba-cuba untuk pakai sebelum kami menunaikan Haji, tapi sekarang saya tidak tahu sama ada dia ingin terus memakai atau tidak, biar dia buat keputusannya sendiri," katanya.

Mizz Nina di Shout! Awards 


Terdahulu ketika menceritakan pengalaman menunaikan Haji baru-baru ini, Noh berkata, ia adalah satu pengalaman manis dalam hidupnya.

"Pengalaman paling bermakna ialah ketika di Arafah yang mana saya berdoa dengan Nina.

"Sebenarnya kami tak pernah jangka dapat menunaikan Haji secepat ini. Perancangan tu ada tapi saya anggarkan dalam tiga tahun lagi sebelum dapat anak. Bagaimanapun saya rasa sangat bersyukur," ujarnya.


Flava Award untuk Mizz Nina Ft Jay Park di Shout! Awards




No comments: