19 November 2013

ANAK JADIKAN FARID KAMIL LEMAH, LEMBUT HATI


Bukan mudah untuk berubah. Namun semuanya menjadi berbeza dengan kehadiran anak lelaki dalam hidup Farid Kamil pada 2 Julai lalu. Ini kerana, pelakon itu akhirnya mengakui dia kini berubah sikap, lembut hati dan tidak mudah naik angin.

"Anak lelaki saya itu telah berjaya melembutkan hati saya yang sebelum ini mudah naik angin selain menjadikan saya seorang yang lebih matang.




"Kehidupan saya sebagai seorang bapa benar-benar membuatkan kehidupan saya berbeza dan ia susah untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Saya tak pasti sama ada saya dah berubah atau tidak tetapi kehadiran anak saya itu membuatkan saya lebih matang berbanding sebelum ini sehinggakan David Teo juga berpendapat sedemikian," ujarnya dipetik sebagai berkata.



“Anak akan buatkan saya tersenyum tenang walaupun ketika dilanda masalah," tambahnya kepada media.

Bagaimanapun, buat masa ini Farid masih belum mahu mendedahkan nama anaknya dan mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayinya itu. Katanya, ia hanya akan didedahkan kepada umum menerusi sebuah program khas yang bakal diterbitkan oleh pihak Astro.



Menurut Farid lagi, dia bersama Diana Danielle juga teruja untuk melihat anak mereka membesar di depan mata dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya itu walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing.

No comments: