13 November 2013

BILA AZHAEL BERJAYA DI AFMASUK


Lakonan Akademi Fantasia 2013 akhirnya sampai kekemuncaknya apabila Azhael yang tersingkir Ahad lalu berjaya 'menyusup kembali' melalui AFMASUK. Rasanya, ramai yang setuju bahawa penyingkiran tersebut seolah satu gimik bagi mengorek duit penonton.

Dan kini, hasilnya Azhael kembali ke AF2013 selepas mendapat undian tertinggi AFMASUK yang telah dibuka sejak semalam.




Malah kemasukan semula Azhael yang dianggotai oleh Mohd Azhar Bin Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, itu telah diumumkan secara rasmi oleh Dato` Siti Nurhaliza sebagai inspirer AF2013, menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Tahniah diucapkan buat AF2013 dan tahniah Astro!!



No comments: