Kata-kata Amyza yang dikongsikannya di laman sosial iaitu "Still feel the sound of your heart beat baby…. you’re 8 weeks 2 days old today. Can’t forget this date… Friday 22nd November… u’ve gone." tiba-tiba menimbulkan perang siber antara dia, peminat dan haters.

Ini kerana, Amyza menyangkal dakwaan kurang sopan yang menyifatkan kandungannya gugur disebabkan 'hukum karma'.
Hasilnya, meskipun pelakon tersebut bermatian-matian mempertahankan diri berhubung isu itu, namun akhirnya benteng pertahanannya sukar dipertahankan. Bak kata pepatah, mengalah bukan bererti kalah... Amyza kini berhenti melayan karenah haters tersebut.
Klik gambar untuk imej besar...

Iyalah... memang tiada hasil sekiranya kita menyimbah minyak ke dalam api. Sebab jika disiramkan air, api tersebut pasti akan padam sedikit demi sedikit.
Pada Amyza... bersabarlah.


No comments:
Post a Comment