25 November 2013

DIHIMPIT GOSIP - SHARNAAZ NEKAD 'PENCEN'


Mungkin disebabkan 'terluka' dengan pelbagai gosip yang melanda dirinya, akhirnya Sharnaaz Ahmad nekad untuk mengundur diri daripada dunia lakonan. Dan drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' kemungkinan juga menjadi drama terakhir lakonannya sekiranya benar dia ingin membawa diri.

Bila ditanya, katanya dia bukan kecewa... tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda dirinya, kata Sharnaaz baik dia berundur diri. Dakwanya, dia tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi.




“Paling penting hati ibu bapa dan adik-beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” ujarnya.

Oleh yang demikian, Sharnaaz merancang untuk kembali bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas sebagaimana yang pernah dilakukannya sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan satu ketika dahulu.

Mungkinkah persaraan Sharnaaz itu ada hubung kait dengan pelbagai cerita kurang enak, iaitu kisah percintaannya dengan bekas kekasih, Shila Amzah? Malah baru-baru ini namanya juga sekali lagi terpalit kontroversi apabila dia dikatakan menjadi individu ketiga dalam hubungan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim.

Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik buat Sharnaaz. Moga rezekinya akan bertambah luas selepas persaraannya itu nanti. Amin.

No comments: