25 November 2013

SAYA TAK TIRU MILEY CYRUS - STACY


Tidak meniru Miley Cyrus!

Demikian tegas Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, mengenai fesyen rambutnya yang heboh diperkatakan meniru penyanyi popular antarabangsa itu. Malah imej seksinya juga didakwa ditiru daripada Miley yang sering memakai pakaian sesuka hati.




"Fesyen rambut ini adalah merupakan trend semasa dan digayakan oleh kebanyakan wanita bukan oleh penyanyi lagu Wrecking Ball itu sahaja. Saya tidak meniru Miley Cyrus.

"Sebelum Miley, Rihanna juga pernah mengayakan fesyen rambut ini, cuma mungkin ketika ini Miley sedang popular dan orang banyak bercakap tentangnya," ujar Stacy dipetik sebagai berkata.



"Fesyen rambut seperti ini sangat sesuai dengan konsep lagu dan album baharu saya yang bakal dikeluarkan awal tahun depan.

"Ramai juga yang tidak suka tapi biasalah sesuatu perkara ada orang yang suka, ada yang tidak.

"Pada saya gaya rambut ini sesuai dengan lagu-lagu rancak yang sering saya bawakan," tambahnya yang sebelum ini telah layak menempatkan dirinya ke Anugerah Juara Lagu 28 pada Januari depan.













No comments: