18 November 2013

KONSERT AKHIR AF2013 - BILA KEMERIAHAN TIDAK MENJADI


Tiada kelebihan pada program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang awalnya dikhabarkan mempunyai pelbagai kejutan dan kononnya terbaik berbanding AF sebelumnya. Malah pada peringkat akhir semalam, segala-galanya hambar sekaligus membuat ramai menggigit jari kerana menghabiskan masa menonton rancangan yang 'indah khabar dari rupa' itu.

Kemenangan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani menjadikan AF2013 seolah rancangan yang mudah diteka pemenangnya. Malah kemenangan Azhael di tempat kedua juga menjadikan AF2013 seperti tempat kitar semula yang memusnahkan harapan peserta lain.




Untuk info, pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Tempat kedua pula membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara bagi tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).



Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir tersebut ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila). Rancangan tersebut telah disiarkan secara langsung di Astro Ria dari Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Konsep baharu penampilan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza ikhlasnya tidak mampu membawa AF2013 setanding AF3 dan AF lain yang lebih meriah dan menarik minat ramai penonton.

Persoalannya sekarang, ke manakah hala tuju Akademi Fantasia selepas ini? Adakah ia akan kekal sebagai rancangan diminati ramai atau sekadar kekal sebagai rancangan 'buat duit' yang memenuhi slot Astro.

Sebagai pembayar bil bulanan, tepuk dada tanya selera!

No comments: