07 November 2013

MAJLIS MERISIK - NAS ADILA SERAH PADA JAMAL ABDILLAH


Kecoh satu Malaya semalam apabila Raja Pop Datuk Jamal Abdillah, 54, digosip bakal merisik penyanyi Nas Adila, 27. Iyalah... sebelum ini Jamal sudah lama menduda dan berita tersebut seolah mengejutkan segelintir pihak dari tidur.

Namun bila soalan ini diajukan kepada Nas sendiri, katanya dia hanya menyerahkan kepada Jamal bagi menjelaskan kepada umum.




Tambah penyanyi itu, tidak manis baginya untuk bercakap mengenai hal merisik kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh segelintir pihak.

"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen.

"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada media semalam.

Menurut Nas, sejak dia di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal di 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu, dia makin selesa berkawan dengan Jamal.

"Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat bekerjasama dengan beliau," katanya.

Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.

Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.

Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin majlis merisik yang akan diadakan itu.

No comments: