08 November 2013

MLM 2013 - MAMAT TOLAK FIDA SEBAGAI 'TEAM'


"Saya lebih mementingkan kualiti berbanding kontroversi," kata Mamat (Sepah) sekaligus menghancurkan harapan bekas kekasihnya Fida Ibrahim.

Ini kerana, Fida dikatakan pernah meminta Mamat untuk bergandingan bersamanya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013). Namun bagai memulang paku buah keras, Mamat menolak ajakan Fida itu kerana mendakwa mereka tiada keserasian membuat persembahan lawak.




"Fida pernah mengajak saya bergandingan dalam MLM. Tetapi saya tolak dengan cara baik.

"Walaupun orang di sekeliling saya memberitahu gandingan kami mungkin boleh menambahkan kontroversi tetapi saya rasa itu bukan caranya.

"Saya lebih mementingkan kualiti berbanding mencari kontroversi tanpa sebab," katanya kepada media.

Alasan Mamat lagi, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama akan kembali... sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.



"Saya lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.

"Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang.

"Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013," tambahnya.

Untuk info, mungkin disebabkan penolakan itu, Fida akhirnya bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.

Ha ha... macam-macam hal dia orang ni!

No comments: