21 November 2013

MUFLIS - AMY SEARCH DAKWA DIKHIANATI RAKAN


Setelah berdiam diri dan bermain teka-teki, Raja Rock Malaya iaitu Amy Search akhirnya mengakui bahawa isu muflis yang melanda dirinya adalah benar.

Bagaimanapun, secara berlapik Amy menjelaskan ia berlaku disebabkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri. Namun begitu, bila diminta mengulas lanjut, Amy enggan berbuat demikian dan hanya akan mendedahkannya apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Amy kini tidak segan memantapkan lagi ilmu agama



"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.

"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," jelas Amy dipetik sebagai berkata.



Untuk info, sebelum ini heboh kontroversi yang melibatkan penyanyi itu apabila didakwa gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya. Hutang tersebut dipercayai bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.

Akibatnya, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Klik gambar untuk imej besar...


Terdahulu, ketika mengulas mengenai luahannya mengenai isu muflis di Facebook miliknya, katanya tindakan mendedahkan kemelut itu berlaku secara spontan.

Semuanya gara-gara selama ini dia hanya berdiam diri kerana tidak mahu isu tersebut menjadi kecoh... sehingga timbulnya pelbagai fitnah. Dan antara nama yang disebut dalam Facebook Amy menganiaya dirinya... malah lebih dari itu ialah 'Radin'.

Klik gambar untuk imej besar...


"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.

"Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain yang belum saya luahkan," tambahnya.

"Walaupun pada mulanya saya sukar untuk menerima kenyataan bahawa saya telah muflis dan dikhianati oleh sahabat sendiri, namun saya menyedari ia adalah satu dugaan. Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya yang sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya itu dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

Amy ditemui media selepas sidang akhbar Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, semalam.

No comments: