21 November 2013

AKTIVITI SANA SINI - DIANA & TIZ DI BENGKEL KECANTIKAN FUGEE


Tiga selebriti terkenal iaitu Diana Danille, Tiz Zaqyah dan Deborah Henry telah membawa kepakaran dan pengalaman peribadi mereka dalam usaha untuk menaikkan semangat pelajar pelarian perempuan, dengan mengadakan satu bengkel yang bertujuan untuk meraikan pemerkasaan wanita.

Acara tersebut telah diadakan kelmarin bertempat di Fugee School. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pelarian Somalia yang berusia antara 14 hingga 17 tahun, dimulakan dengan perbentangan tentang kulit dan kebersihan oleh Deborah Henry dan Tiz Zaqyah.




“Tujuan kami ialah untuk memberi pendedahan kepada gadis-gadis di sini tentang betapa pentingnya kebersihan dalam penjagaan kulit mereka. Saya sangat percaya bahawa kita boleh menjaga kulit secara semulajadi tanpa perlu berbelanja besar,” ujar Tiz.

Seterusnya, pelakon Diana Danielle dan Harveen Dhaliwal, pengasas bersama Luxuria Cosmestics mengacarakan segmen kedua bengkel tersebut. Mereka memfokuskan tentang aplikasi teknik mekap yang betul dan mengajar mereka memilih jenis kosmetik yang paling serasi dengan kulit mereka.

Selain itu, wakil dari Lazada Malaysia, Aaliyah Soraya telah menampilkan beberapa tren terkini kepada pelajar-pelajar tersebut, dan mereka juga telah diberi peluang untuk memasuki peraduan menggayakan hijab, di mana model-model seperti Deborah Henry, Tiz Zaqyah dan Diana Danielle juga telah mengambil bahagian.


GAMBAR-GAMBAR BENGKEL
Klik gambar untuk imej besar...












No comments: