05 November 2013

SAYA DAN ADIRA TIADA HUBUNGAN - HAFIZ AF7


Hanya gambar biasa dan tiada apa-apa maksud tersembunyi!

Begitulah penjelasan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, mengenai gambar berpeluknya dengan Adira baru-baru ini. Tambah Hafiz, gambar tersebut sebenarnya diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.




"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya dipetik sebagai berkata.

"Saya minta mana-mana pihak tidak mengaitkan saya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasihnya.

Gambar peluk yang menimbulkan gosip...


"Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.

"Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujar Hafiz yang bakal berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).

No comments: