30 November 2013

TAHNIAH - LANA NORDIN BAKAL BERHIJAB


Kata pepatah, 'Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih'!

Demikianlah apa yang berlaku terhadap 'cinta tiga hari' antara Lana Nordin dan Johan Asari. Mereka kini sudah mula memasuki fasa baru apabila Lana menyatakan kesudian untuk menutup aurat sebagaimana yang diinginkan oleh kekasihnya.




Tambah pelakon itu, dia berhasrat untuk memakai pakaian yang menutup aurat dalam majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.

Menurut sumber, Lana bakal berhijab disebabkan tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada media sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.



"Kalau boleh, biarlah saya bertudung kerana saya bakal berkahwin. Lagipun, perkahwinan bukan perkara main-main. Ia adalah serius," ujar Lana bersungguh.

Kalau benar, tahniah diucapkan buat Lana. Moga ia menjadi satu permulaan baru dalam kehidupannya yang penuh kontroversi sebelum ini.

Komen peminat Lana - klik gambar untuk baca...


No comments: