30 November 2013

TAKZIAH - BAPA MISHA DAN IBU SHAMSHUL MENINGGAL DUNIA


Takziah diucapkan kepada dua selebriti kita iaitu pelawak Shamshul Ghau Ghau, yang kehilangan ibunya Rokiah Ibrahim, 91, pada pukul 12.30 malam semalam kerana sakit tua. Sementara penyanyi Misha Omar pula, kehilangan bapanya Omar Ismail, yang meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Rokiah telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak. Difahamkan, arwah sudah lama mengalami sakit tua tapi sejak dua minggu kebelakangan ini sakit arwah agak teruk.




"Arwah tidak mahu makan sehingga malam tadi menghembuskan nafas terakhir di rumah kakak saya di Tanjung Malim, Perak," ujar Shamshul.

"Pesanan terakhir arwah seperti biasa ialah menjaga keluarga dan ibadah dengan baik," katanya yang menerima pemergian tersebut dengan hati yang tenang.

Dalam pada itu, Misha atau nama sebenarnya, Samiha @ Aisah Omar, 31, memberitahu di laman twitter bahawa jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada pukul 12.30 tengah hari hari ini.

"Alhamdulillah jenazah sudah selamat dikebumikan, terima kasih atas ucapan takziah daripada sahabat semua," ujarnya.

No comments: