20 December 2013

10 GAMBAR, 3 VIDEO BERINAI - ARIL & ERMA NIKAH HARI INI



Tiada penaja berjuta ringgit!

Artikel terdahulu:
Demikian pengakuan Aril Pilus atau Aril AF7 yang bakal menikah selepas solat Jumaat hari ini. Dia dan bakal isterinya iaitu pramugari Saudi Arabian Airlines, Puteri Erma Edlinda, akan melangsungkan pernikahan di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan.




Ini kerana, semua perbelanjaan kahwin keluar daripada wang poketnya sendiri dan ia merupakan hasil titik peluhnya sebagai penyanyi selama ini.

"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini.

Klik gambar untuk imej besar...


“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” ujarnya kepada media semalam.

Tambah Aril lagi, majlis pernikahan dan persandingan tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.



"Debaran semakin terasa dan sukar untuk saya gambarkan apa yang saya rasa pada majlis itu nanti.

"Saya harap dapat lafazkan akad dengan lancar dan tidak tersalah sebut kerana perasaan gemuruh," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun, selepas nikah di Kelantan, dia akan membuat majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media pada bukan Mac tahun 2014.

"Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media," katanya yang tertarik dengan Erma kerana kelembutan wanita itu.

GAMBAR BERINAI YANG LAIN:  
















VIDEO BERINAI:









No comments: