Hafiz Suip bukan sahaja menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik, namun Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20), turut menganugerahkannya gelaran 'Album Terbaik' semalam.
Sementara penyanyi Shila Amzah dipilih sebagai penerima 'Anugerah Kembara' AIM 2013 kerana kejayaannya di luar negara iaitu China.
Turut menerima penghormatan pada malam itu ialah Tan Sri Dr Tony Fernandez yang menerima Anugerah Sri Wirama AIM 2013 kerana berjasa besar dalam industri muzik selama 20 tahun.
Selanjutnya, lagu ciptaan Yuna berjudul Lelaki, menerima dua anugerah sebagai Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik. Manakala Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah masing-masing memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu Sedetik Lebih.
Selain itu, Dayang turut diumumkan sebagai penerima trofi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta. Lagu Bila Resah yang dipersembahkan Dayang dan Anuar pula turut dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.
Senarai penuh pemenang AIM 20:
Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip
Lelaki - Yuna
Hafiz Suip - Bahagiamu Deritaku
Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta
Saujana - Salam Atasmu
Lelaki - Yuna
Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - Sedetik Lebih
Penglipur Lara - Hazama
Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip
#1 - Pretty Ugly & Altimet
Pahlawan Zafana - Ihab Ismail
Mawar Berdarah - Rabbani
In The House - Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE!
Aku Pelat - Salam Muzik Feat Zion Dread
Pretty Ugly Feat Altimet (Perez Oldskool)
Di Bawah Gerbang Skaea - Amy Search
Hilang Naluri - Once
No comments:
Post a Comment