31 December 2013

'ATUK' NASH TAMATKAN ZAMAN DUDA 2014



Gelaran 'atuk' bukanlah satu halangan untuk seseorang itu mengecap bahagia.

Demikian jugalah halnya dengan bekas ahli kumpulan Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 54, yang perlukan seorang teman hidup. Usia yang makin meningkat dan sudah lama menduda tidak mengurangkan 'keinginan' Nash untuk mempunyai 'peneman akhir hayat'.

Klik gambar untuk imej besar...



"Jika saya ingin berkahwin lagi ia bukan kerana nafsu tetapi saya ingin seorang isteri yang dapat menemani dan melengkapi hidup saya," ujarnya pada media dalam sidang media Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 semalam.

Menurut penyanyi veteran itu, perancangannya sekarang ialah berkahwin pada tahun hadapan. Malah kata Nash, calon isteri juga sudah ada dan mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2010 lagi.

Bapa yang penyayang...


"Jika diizinkan Allah saya mahu berkahwin pada tahun hadapan.

"Bagaimanapun itu hanya perancangan dan berharap semua peminat doakan saya.

"Pada usia saya kini, saya tidak terlalu memikirkan perkara-perkara remeh dalam menjalinkan hubungan kerana menganggap ia tidak lagi sesuai dengan diri saya," tambahnya yang sebelum ini inginkan seorang wanita solehah dan mentaati suami..

Anak-anak Nash


Untuk info, jika tiada aktiviti seni, Nash banyak menghabiskan masa bersama cucu sulungnya yang baru berusia setahun. Katanya, tiada apa yang lebih penting selain keluarga dan kehadiran cucu menambahkan seri keluarganya.

Sebagai rekod, melalui perkahwinan terdahulu Nash telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22, Mohd Shameer Nasha, 16 dan seorang anak angkat bernama Jasmin Hanis Nasha, 14.

Sebagaimana kita sedia maklum, pada 16 November 2006 Nash pernah berkahwin dengan Datuk Sosilawati Lawiya (pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages). Mereka bercerai pada 26 Mei 2009 iaitu kira-kira 15 bulan sebelum tragedi ngeri menimpa bekas isterinya itu di Banting, Selangor.


VIDEO MENARIK:


Video kredit: afyfybradoos  


No comments: