10 December 2013

BAKAL KAHWIN - IKHWAN HOT FM BIMBANG 'TERLUKA' KEMBALI


Pengacara rancangan Galaksi TV9 dan juga penyampai radio Hot FM, Mohd Khairul Ikhwan, 30, mengakui sudah bersedia bergelar suami tahun hadapan. Namun menurutnya, tarikh nikah masih belum ditentukan lagi kerana bimbang sikap 'terburu dan beriya-iya' memakan diri sendiri.

Artikel terdahulu:
"Saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu beria-ia dalam membuat persiapan. Maklumlah sebelum ini saya pernah putus tunang, risau jika pisang berbuah dua kali," ujarnya kepada media di Damansara Utama, Petaling, Selangor semalam.




Untuk makluman, Ikhwan sebelum ini telah bertunang dalam majlis kecil-kecilan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Natasha Nadia, di Klang, Selangor tanpa mengundang pihak media. Kini mungkin memikirkan usia yang makin meningkat, Ikhwan merasa sudah tiba masanya untuk dia mengakhiri zaman bujang bersama wanita yang dicintainya itu.

"Setakat ini saya belum memilih tarikh sesuai, tetapi macam mana sekali pun kami akan berkahwin juga pada tahun depan.

Ikhwan ketika bertunang dengan Natasha Nadia...


"Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami," katanya ringkas.

Terdahulu, bercerita mengenai perniagaan, menurut Ikhwan selain kerja, dia juga agak sibuk dengan perniagaannya di bazar Uptown Damansara. Antara barangan yang dijualnya ialah barangan keperluan wanita seperti beg tangan, baju, aksesori dan kasut.

"Alhamdulillah, perniagaan ini mendapat respons yang baik. Jika sebelum ini tunang saya yang menguruskan perniagaan ini, sekarang saya mengambil pekerja luar pula kerana tunang saya itu mendapat kerja berkaitan dengan penjualan insurans.

"Apa-apa pun saya sentiasa ada di kedai. Selepas tamat tugas di radio, saya akan terus ke Uptown buka kedai kira-kira pukul 9 malam sehingga ke pukul 2 pagi," ujarnya dipetik sebagai berkata.


No comments: