05 December 2013

GOSIP DENGAN JURULATIH - SHARIFAH SAKINAH NAFI BERCINTA


Selepas putus cinta dengan Ahmad Albab, hingga kini dakwa Sharifah Sakinah, 23, dia masih belum mempunyai kekasih baru. Bukan kerana 'jual mahal', tetapi katanya kerjaya adalah tumpuan utamanya kini berbanding mencari teman hidup.

Berita terdahulu:
Dengan pengakuan itu, dia sekaligus menepis dakwaan liar yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan dengan jurulatih peribadinya. Dakwaan itu timbul berikutan ramai yang melihat Sharifah bersama lelaki Inggeris itu di majlis-majlis hiburan umpama pasangan kekasih.




"Saya belum mempunyai kekasih baru, lagipun saya masih muda dan kalau boleh ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu," ujarnya sebaik tamat pratonton filem Ular, di Damansara, semalam.

"Lelaki itu merupakan jurulatih peribadi saya di gimnasium yang berminat untuk mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air. Disebabkan dia juga berat badan saya berjaya diturunkan sebanyak 12 kilogram dalam tempoh enam bulan.



"Berat badan saya dulu 63 kilogram kini sudah 51 kilogram, dia banyak mengawal pemakanan saya dan memberi nasihat untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat," kata Sharifah yang turut berlakon dalam filem Ular tersebut.

Untuk info, filem Ular akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Disember ini. Ia adalah terbitan Showbiz Productions yang merupakan anak syarikat Kumpulan Syarikat KRU.


No comments: