19 December 2013

ISU MUFLIS: KALAU BETUL BUKAN DOSA BESAR PUN - AWIE



Memang ramai kalangan artis kita yang sudah muflis gara-gara tertipu, tunggakan pinjaman dan berbelanja mewah. Namun lain pula ceritanya bagi Awie... dia tidak gentar digosip muflis kerana dia tidak sedikitpun terjejas dengan kontroversi itu.

Iyalah... orang tak muflis dikata muflis! Nasib baik Awie ni baik orangnya, kalau tidak dah lama lebam mata situkang gosip. Heh.




Apa yang menarik, Awie kini dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran francais berkonsepkan makanan Indonesia.

“Bukan jadi satu dosa besar pun jika saya betul-betul muflis. Saya tak tahu kenapa orang nak memperbesarkan isu ini, namun perkara ini tidak memberi apa-apa kesan pun pada diri saya. Malah, saya juga dalam perancangan untuk membuka restoran francais dalam masa beberapa bulan ini.

"Restoran itu nanti akan berkonsepkan makanan Indonesia kerana saya sendiri suka dengan masakan Padang. Mengenai lokasinya, saya masih belum putuskan sama ada mahu buka di Ipoh atau pun di Kuala Lumpur,” ujar Awie sebagai berkata di Saloma Bistro, kelmarin.

No comments: