19 December 2013

KEGUGURAN - IMPIAN DIRA TIMANG BABY BERKECAI!



Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Itulah yang berlaku terhadap pelakon serta pengacara, Dira Abu Zahar yang berkahwin dengan Mohd Helmi Mohd Yusof dua tahun lalu. Kandungannya yang hanya berusia enam minggu disahkan mengalami keguguran oleh doktor.

Mendengar penerangan doktor itu, hati mana yang tidak luluh. Kerja keras sebagai pelakon dan bergerak terlalu aktif dikatakan menjadi punca kepada keguguran tersebut.




“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran ‘TerengganuKu’ dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

"Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke Klinik Pakar Sakit Puan untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran.



"Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,” ujar Dira dipetik sebagai berkata di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, kelmarin.

Tambah Dira, apabila mendapat tahu yang dia keguguran, dia rasa kecewa sebab dia dan suami memang berusaha mahukan anak. Katanya jia dia masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat Mohd Helmi... namun malangnya dia keguguran beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran suaminya itu.

“Suami saya memang mahukan anak. Kami redha kerana mungkin tiada rezeki kami kali ini. Suami terima apa yang berlaku, tetapi selepas kejadian tersebut, dia lebih banyak memantau saya agak saya tidak terlalu aktif bekerja.

"Selepas keguguran, saya terus menjalani penggambaran drama ‘Aku Bukan dia’ dan mungkin lepas habis 26 episod ini, saya akan berehat sekejap,” jelas Dira yang masih sugul.

No comments: