29 January 2014

BAKAL TUNAI UMRAH - IFA RAZIAH TAK JANJI BERHIJAB



Merancang untuk mengerjakan umrah, tetapi tidak merancang atau berjanji akan bertudung!

Demikianlah kata pelakon Ifa Raziah, 39, yang mahu mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah pada Mac depan bersama suaminya Mohd Yani Abdul Rahman. Menurut Ifa yang nama penuhnya Saripah Raziah Mustapha, perancangan umrah sudah beberapa kali tertunda namun kali ini ia akhirnya menjadi kenyataan.

Klik gambar untuk size besar




"Sebelum ini sudah beberapa kali kami merancang untuk ke Mekah tetapi masih belum rezeki untuk ke sana dan Insya-Allah pada bulan Mac ini kami akan ke Tanah Suci.

"Buat masa ini kami sedang cari pakej sesuai dan masih belum menetapkan tarikh untuk berangkat. Harap-harap urusan kami dipermudahkan.

"Selain itu saya juga banyak membaca buku panduan dan doa sebagai persediaan selebihnya banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah ke sana tentang pengalaman mereka," katanya.

Keluarga bahagia Ifa Raziah


Mengenai penampilannya sekarang, menurut Ifa dia tidak berjanji akan mengenakan hijab selepas balik daripada umrah nanti. Ini kerana, jadualnya agak padat dengan pelbagai aktiviti seni selepas mengerjakan umrah. Heh.

"Perkara seperti itu perlu datang dari hati yang ikhlas dan saya sendiri tidak tahu adakah saya akan memakai tudung secara kekal selepas pulang nanti.

"Jika saya berjanji akan berbuat demikian tetapi gagal menunaikannya ia akan memberi kesan lain kepada saya nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online, semalam.


Baca juga:

         ________________________



No comments: