18 January 2014

BUKAN LAGI RAJA SMS - MAWI KINI 'SEDAR DIRI'



"Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti," begitulah luahan hati Asmawi Ani,33, atau lebih dikenali sebagai Mawi AF3, 'raja SMS'.

Artikel terdahulu:
Begitu pantas, zaman kegemilangannya yang pernah menjadi kegilaan masyarakat hilang begitu sahaja. Meskipun kini ada yang menggelarkannya 'artis sendu', namun dia tetap bersyukur kerana dia kini selesa dengan kehidupan serba sederhana.

Klik gambar untuk size 800X533




"Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti.

"Apa pun saya anggap itu pengalaman. Tak terfikir pun nak berpatah balik merasakan zaman itu semula. Tak sanggup saya.

Zaman kegemilangan Mawi sebagai raja SMS


"Saya akur apabila nama saya tidak sepopular dahulu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan saya untuk bergerak bebas melakukan apa sahaja yang saya inginkan," ujarnya secara bergurau.

Terdahulu, Mawi turut bersyukur apabila lagunya, Al Haq yang menampilkannya dengan Datuk AC Mizal (sebagai penyanyi rap) mendapat sambutan baik.

"Saya terkejut sebenarnya kerana saya harapkan lagu ciptaan M. Nasir, Termolek yang akan hit. Rasanya mungkin kerana melodi Al Haq sangat biasa tetapi ia sebuah lagu yang mudah didengari ramai.

"Saya mendapat respons ramai yang menyukai lagu tersebut kerana melodi doa pelindung diri iaitu surah Hizip Al-Hafiz menarik. Alhamdulillah, saya gembira dan syukur apabila peminat senang dengan lagu ini," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar.


Baca juga:


No comments: