11 January 2014

KEJUTAN MAHARAJA LAWAK MEGA - SEPAHTU DAPAT KERETA BARU



Meskipun ada yang mengatakan Kumpulan Sepahtu 'overrated' kerana diundi melampau walaupun adakalanya lawak mereka biasa-biasa sahaja, namun Maharaja Lawak Mega 2014 semalam tetap berpihak pada mereka.

Ini kerana, kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus telah diberi kejutan apabila mereka dihadiahkan sebuah kereta perodua Alza bersempena dengan pelancaran kereta baharu tersebut.





"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat," kata salah seorang ahli Sepahtu, Jepp dipetik dari MStar.

Namun yang paling malang pada malam itu ialah kumpulan Wala yang tersingkir selepas bertahan sekian lama. Wala yang dianggotai oleh Wan dan Lopz tewas dengan undian paling rendah berbanding yang lain iaitu 46 peratus.

"Kami terima dengan kekalahan ini, lagipun peluang intuk sampai ke minggu ke sembilan bukannya mudah.

"Terima kasih kepada para peminat kerana mengundi," kata Wan yang mewakili Wala.


No comments: