21 January 2014

KES KHALWAT - PERMOHONAN 'GUGUR KES' SHAHRIZAL JASZLE DITOLAK



Permohonan representasi yang dikemukakan oleh pelakon Shahrizal Jaszle bagi menggugurkan kes khalwatnya dengan Farah Nurizzati Salleh, 22, ditolak oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Artikel terdahulu:
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah yang menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie.

Klik gambar untuk size besar




Sehubungan itu, pendakwa Syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad Kamal memohon kepada mahkamah supaya kes tersebut dibicarakan selepas menjawab secara bertulis bagi menolak permohonan tertuduh pada 9 Januari lalu.

Hasrul Hafidzi turut memberitahu mahkamah pihaknya akan mengemukakan seramai sembilan orang saksi pada kes itu.

Mahkamah menetapkan kes khalwat pelakon itu diteruskan pada 8 April 2014 dan mengarahkan supaya kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan. Shahrizal mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat ketika hadir pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu.

Untuk info, pada 16 Mei 2013, Shahrizal dan Farah Nurizzati Salleh, telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Bagaimanapun, pada sebutan kes 13 November 2013, Farah telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Manakala mahkamah memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, walaupun keputusan tidak memihak kepadanya namun dia bersedia untuk membersihkan namanya pada perbicaraan itu nanti.

"Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu.

"Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini," ujarnya yang dipetik melalui Mstar Online.


No comments: