30 January 2014

PERKAHWINAN SYANIE MAC INI JADI REBUTAN PEREKA FESYEN



Bentuk tubuh bukan ukuran untuk hidup bahagia. Malah kegagalan perkahwinan lalu juga bukan alasan untuk terus kecewa. Semangat kental tersebut akhirnya berbaloi buat Syanie Hisham apabila perkahwinannya dengan Nadi Putera Mohd Zainol pada 1 Mac nanti menjadi rebutan penaja.

Artikel terdahulu:
Antara yang paling ramai tampil ingin menjadi penaja ialah beberapa pereka fesyen terkenal yang mahu menaja baju perkahwinannya. Antara sebab utama mereka berminat untuk berbuat demikian kerana saiz fizikalnya yang besar dan ingin membuktikan wanita berbadan besar juga boleh berfesyen pada hari perkahwinan.

Klik gambar untuk size besar




"Saya benar-benar terkejut kerana ramai yang ingin menaja baju pernikahan dan majlis resepsi saya nanti sehingga ada di antara mereka terpaksa saya tolak dengan baik kerana tidak memerlukan banyak persalinan pada hari itu nanti.

"Tidak sangka walaupun fizikal saya besar rupa-rupanya masih ada yang ingin menaja dan ingin melihat saya kelihatan cantik pada hari bahagia itu nanti," katanya.



Untuk info, Syanie dan Nadi Putera Mohd Zainol, 29, bakal disatukan di sebuah resort di Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Mereka sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri 2013.

"Alhamdulillah murah rezeki saya dan wang yang dapat dijimatkan dapat menampung kos penerbangan dan tempat tinggal untuk ahli keluarga sepanjang berada di sana nanti," kata Syanie apabila ada penaja lain seperti katering dan hiasan sanggup terbang ke sana bagi memastikan semuanya berjalan lancar.



"Saya jangkakan hanya 200 orang akan hadir nanti kerana mungkin bagi sesetengah tetamu, sukar untuk mereka ke sana kerana perlu menaiki kapal terbang dan mencari tempat tinggal.

"Langkawi dipilih kerana banyak kenangan pahit manis di situ memandangkan saya juga pernah tinggal di sana selama sebulan ketika menjalani penggambaran filem Cinta Luar Biasa.

"Usia bukan isu utama kerana paling penting keserasian kami bersama dan berharap peminat dan keluarga mendoakan kebahagiaan kami supaya berkekalan ke akhir hayat," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.


         ________________________



No comments: