15 November 2013

11 TAHUN MENJANDA - SYANIE KAHWIN MAC 2014


Bayangkan... 11 tahun hidup bersendirian selepas kegagalan rumahtangganya yang lalu. Dan bukan mudah untuk pelakon dan penerbit, Syanie membuat keputusan untuk berkahwin lagi.

Namun bak kata orang, kalau sudah jodoh, cepat atau lambat pasti bertemu jua. Kini Syanie tidak mahu memandang ke belakang lagi apabila membuat keputusan untuk berkahwin pada 1 Mac 2014 dengan tunangnya, Nadi Putera Mohd Zainol.

Klik gambar untuk imej besar...



"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014. Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang.

"Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," ujar Syanie yang mengakui rasa gementar dan takut untuk kembali bergelar seorang isteri.

"Saya bukan sahaja gementar, tapi perasaan takut pun turut ada. Sebelum ini memang saya pernah mengenali beberapa orang, tapi jodoh itu tiada. Saya sudah mengenali Putera selama tujuh tahun dan dia pernah bekerja dengan saya," jelas Syanie lagi.

"Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya. Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera orangnya senang dibawa berbincang," tambah Syanie.

Untuk info, perkahwinan mereka nanti menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan juga Putera. Melalui perkahwinan mereka sebelum ini, Syanie tidak dikurniakan anak manakala Putera mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Difahamkan, Syanie bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah.

No comments: