08 January 2014

PORTAL BERITA AS - YUNA KINI ANTARA 20 ARTIS BERPOTENSI DI USA



Nampaknya daripada segi populariti di luar negara terutamanya Amerika Syarikat, tiada siapa yang dapat menandingi Yuna (Yunalis Zarai). Penyanyi berbakat besar itu kini tersenarai sebagai 20 artis baharu yang perlu diberi perhatian sepanjang 2014 di USA.

Senarai tersebut telah dikeluarkan oleh laman The Huffington Post pada Selasa yang menjadikannya sebagai satu-satunya artis dari Asia yang berpotensi mencipta nama bersama 19 lagi artis hebat seperti Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Knytro, Sam Smith dan Wake Owl.





"Jika anda masih belum mempunyai sebarang koleksi muzik daripada Malaysia, biar Yuna menjadi yang pertama.

"Menampilkan adunan muzik tradisional negaranya dan diadun dengan elemen pop ia memberikan rasa baharu dan menepati selera pendengar," lapor The Huffington Post tentang kehebatan Yuna.

"Proud to be included in The Huffington Post's ’20 Artists To Start Listening To In 2014’," ujar Yuna dalam responsnya mengenai senarai tersebut.



Bagi yang tidak tahu, baru-baru ini juga lagu nyanyian Yuna bersama Owl City berjudul Shine Your Way turut mendapat pencalonan awal anugerah Oscar kali ke-86 dan akan bersaing dengan 74 buah lagu lain.

Untuk info, lagu tersebut adalah runut bunyi untuk filem animasi Hollywood berjudul The Croods.


VIDEO MUSIC SHINE YOUR WAY:



VIDEO MUSIC RESCUE:


Komen The Huffington Post: There's a good chance you don't have any Malaysian musical artists in your current music library, so let Yuna be the first. Blending elements of her nation's style with modern pop elements, her music adds a new taste to the palette without estranging listeners. After her 2013 sophomore effort, "Nocturnal," and providing a track for Dreamworks' "The Croods," Yuna has proven that she is more than capable of holding her place in a market that is not her own.

No comments: