21 January 2014

SAIDA AF6 & KEKASIH BARU - BILA JANDA BERTEMU DUDA



Gosip silih berganti dalam hidup Siti Nursaida Tarudin atau lebih dikenali sebagai Saida AF6, 34, kakak kepada Siti Nurhaliza. Penceraiannya dengan talak satu pada 2011 membawa pelbagai gosip liar termasuk dengan lelaki berpangkat Datuk.

Artikel terdahulu:
Dan baru-baru ini, Saida secara terus-terang mengakui rapat dengan lelaki bernama Apit, 34, seorang duda anak dua berasal dari Pulau Pinang. Mereka berkenalan sudah hampir dua tahun.

Klik gambar untuk size 700X455




"Alhamdulillah, masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing dan saya ikut resmi ‘go with the flow’ (ikut arus) saja.

"Saya panggil dia Apit dan sejujurnya memang dia lelaki paling rapat dengan saya sekarang. Dia berasal dari Pulau Pinang, bekerja sendiri dan seorang duda anak dua. Walau usianya empat tahun lebih muda daripada saya, rasanya tiada masalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain," ujar Saida ang ditemui media di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.



Selanjutnya bila ditanya mengenai status janda dan usianya, Saida berkata itu semua bulan penghalang dalam hubungan mereka.

"Saya sudah ada anak dan matang dalam perhubungan yang lebih baik, tidak mustahil untuk pergi lebih jauh.

"Kami berkenalan dua tahun lalu dan insya-Allah kalau sudah serasi akan ada fasa seterusnya. Dia rakan perniagaan saya dan bertemu pun ketika bekerja. Buat masa sekarang kami cuba dulu mengenali satu sama lain.

"Dia seorang lelaki yang memahami dan tidak mendesak. Persefahaman itu penting dalam membentuk keharmonian dalam sesebuah perhubungan, jadi dia faham saya dan saya faham dia, maka tiada sebarang masalah," tambah Saida tampa sembunyi.

Mengenai penerimaan anak-anak terhadap teman barunya itu, kata penyanyi itu mereka secara perlahan-lahan mengenali Apit dan ia sudah pastinya mengambil masa.

"Apabila betul-betul serius barulah boleh bertanyakan kepada anak-anak. Namun biasalah budak-budak, mereka agak lambat untuk menerima individu baharu dalam hidup mereka. Kalau pasangan kita mampu menambat hati anak-anak lebih cepat, itu lebih baik.

"Jodoh itu kuasa Allah, saya hanya boleh merancang tetapi tidak tahu kesudahannya bagaimana. Ada rezeki, insya-Allah ada jodohnya," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.

Lihat juga:



No comments: